fb fb fb fb fb

Lima maut nahas pesawat di perairan Hua Hin, Thailand

FOTO REUTERS

BANGKOK, 25 April- Sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam laut berhampiran sebuah hotel mewah di Hua Hin, Thailand pagi ini, mengorbankan lima orang di lokasi kejadian.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8.00 pagi waktu tempatan apabila pesawat jenis Viking DHC-6 Twin Otter terjunam ke laut, hanya beberapa meter dari Baby Grand Hua Hin Hotel, kira-kira 200 kilometer ke selatan Bangkok.

Rakaman video kejadian menunjukkan pesawat berkenaan menjunam secara mendadak sebelum terhempas ke dalam perairan, disaksikan oleh tetamu hotel dan penduduk tempatan yang berada di kawasan berdekatan.

Pasukan penyelam bersama nelayan tempatan segera ke lokasi nahas dan berjaya menarik lima mangsa keluar dari pesawat, namun kesemua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang lagi mangsa dilaporkan cedera parah dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Pesawat yang didaftarkan dengan nombor N964VK dipercayai dikendalikan oleh Polis Diraja Thailand. Pihak berkuasa polis dan penerbangan kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA