MAIDUGURI, 25 Disember - Lima orang maut dalam letupan bom di sebuah masjid di bandar Maiduguri di ibu negeri Borno, timur laut Nigeria.
Angka kematian itu disahkan oleh pihak polis dalam kenyataan kepada media.
Jurucakap polis, Nahum Daso turut memaklumkan, pasukan pelupusan bahan letupan sedang memeriksa lokasi kejadian.
Menurut saksi, kejadian berlaku kira-kira pukul 6 petang di sebuah masjid yang sesak di kawasan pasar Gamboru ketika jemaah berkumpul untuk solat Maghrib.
Saksi lain pula memberitahu, letupan itu berlaku di dalam masjid ketika jemaah sedang solat.
Setakat ini, belum ada kumpulan mengaku bertanggungjawab. -REUTERS