fb fb fb fb fb

Lima banduan maut rusuhan penjara di Ecuador

(Pemandangan udara penjara Guayas 1 di Guayaquil, Ecuador/Foto AFP)

GUAYAQUIL, 24 Julai- Sekurang-kurangnya lima banduan terbunuh, manakala 11 lagi cedera dalam satu pergaduhan terbaharu di penjara Ecuador.

Insiden itu berlaku di penjara Guayas 1 di bandar pelabuhan Guayaquil.

Rusuhan dan pembunuhan adalah perkara biasa dalam rangkaian penjara Ecuador yang sesak, berikutan perebutan kumpulan yang mempunya kaitan dengan dadah.

Menurut pihak berkuasa, puluhan rusuhan yang berlaku telah meragut sekurang-kurangnya 420 nyawa banduan di penjara sejak 2021.

Terdapat beberapa mangsa dibakar hidup-hidup.

(Anggota tentera memasuki penjara Guayas 1 selepas pertempuran
antara banduan di Guayaquil, Ecuador pada 23 Julai 2023/Foto AFP)

Sementara itu, ahli keluarga yang menunggu di luar penjara Guayas pada Ahad, mengharapkan perkhabaran mengenai orang tersayang mereka yang ditahan di situ.

"Saya terdesak berada di sini dan masih tidak mempunyai apa-apa maklumat," kata seorang wanita, yang anaknya merupakan banduan di penjara berkenaan.

Penjara sesak di Ecuador telah menjadi antara yang paling ganas di Amerika Latin.

Terletak di antara Colombia dan Peru, iaitu pengeluar kokain utama dunia, Ecuador telah merampas 455 tan dadah sejak Presiden Guillermo Lasso memegang jawatan pada Mei 2021.-AFP

Media Baharu