fb fb fb fb fb

Letupan kilang kimia ragut 12 nyawa

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi ke langit - Foto AFP

NEW DELHI, 30 Jun - Letupan kuat di sebuah kilang kimia di Telangana, selatan India, hari ini meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan beberapa yang lain.

Menurut bomba letupan berkenaan turut mengakibatkan sebahagian besar bangunan musnah.

3006 LNR LETUPAN KILANG DI INDIA 2.JPGLetupan memusnahkan sebahagian besar bangunan kilang - Foto AFP

“Kami telah menemui 12 mayat setakat ini. Kami sedang mencari lebih banyak mayat di bawah runtuhan,” kata Pegawai Bomba Daerah Sangareddy, B. Nageshwara Rao.

Bencana industri merupakan perkara biasa di India, yang sering dikaitkan dengan perancangan yang lemah serta penguatkuasaan peraturan keselamatan yang longgar.

3006 LNR LETUPAN KILANG DI INDIA 3.JPG22 mangsa cedera melecur, manakala 12 lagi kritikal - Foto AFP

Rakaman televisyen tempatan menunjukkan kepulan asap hitam tebal menjulang tinggi ke langit.

Ketua Menteri Telangana, Revanth Reddy menyifatkan insiden berkenaan amat mendukacitakan.

3006 LNR LETUPAN KILANG DI INDIA 4.JPGMenteri Buruh Telangana, Vivek Venkataswamy - Foto AFP

Menteri Buruh negeri, Vivek Venkataswamy, pula memaklumkan mangsa yang cedera sedang menerima rawatan, termasuk beberapa orang yang terperangkap di bawah runtuhan.

"12 mangsa kritikal, manakala 22 lagi cedera melecur, namun mereka tidak alami masalah pernafasan dan kita harap 22 mangsa yang cedera ini cepat pulih," katanya.

Beliau berkata, punca letupan masih dalam siasatan. - AFP

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK