fb fb fb fb fb

Letupan gudang mercun di Narathiwat, tiada rakyat Malaysia terlibat

(FOTO AFP)

KUALA LUMPUR, 29 Julai- Kementerian Luar melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla mengesahkan tiada rakyat Malaysia setakat ini dilaporkan terlibat dalam insiden letupan gudang mercun di Mukim Mundok, Daerah Sungai Golok, Wilayah Narathiwat, Thailand.

Kementerian Luar menerusi satu kenyataan malam tadi memaklumkan berdasarkan laporan awal, letupan itu berlaku di gudang penyimpanan bunga api dan mercun yang telah menyebabkan sembilan kematian dan 114 orang mengalami kecederaan.

“Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai insiden tersebut.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla di talian +6674311062 atau +66936570707 (untuk kecemasan) atau melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dan sebarang perkembangan terkini mengenai insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Gabenor Narathiwat Sanan Pongaksorn berkata, letupan pada pukul 3.30 petang (waktu tempatan) itu berlaku di Pasar Mundok, destinasi membeli-belah popular bagi rakyat Malaysia.

Selain membabitkan nyawa orang awam, letupan itu turut menyebabkan kerosakan, memusnahkan kedai dan menyebabkan bekalan elektrik terputus serta gangguan lalu lintas.


(FOTO AFP)

Media Baharu