(Presiden Colombia Gustavo Petro dan anaknya Nicolas Petro Burgos)
BOGOTA, 30 Julai- Presiden Colombia Gustavo Petro berkata pada Sabtu bahawa anaknya Nicolas telah ditangkap atas tuduhan pengubahan wang haram dan pengayaan haram (illicit enrichment) dalam skandal yang dikaitkan dengan kempen pilihan raya Petro.
Presiden berhaluan kiri pertama Colombia itu menulis di Twitter, yang dijenamakan semula sebagai X, bahawa polis menahan anak lelakinya.
Turut ditahan, bekas menantunya yang juga dan bekas Nicolas, Daysuris Vasquez.
Pada Mac, Vasquez mendakwa Nicolas Petro menerima sejumlah besar wang daripada pengedar dan penyeludup dadah pada 2022 untuk kempen presiden yang akhirnya menyaksikan bapanya berjaya dipilih.
Nicolas dikatakan turut menggunakan wang tersebut untuk hidup mewah di bandar utara Barranquilla.
Petro menulis: "Saya mendoakan nasib dan kekuatan anak saya. Semoga peristiwa ini membina karakternya dan semoga dia merenung kesilapannya."
"Sebagai seorang dan bapa, ia menyakitkan untuk melihat begitu banyak kemusnahan diri," tambahnya.
Pendakwa raya mengesahkan penahanan Nicolas atas tuduhan pengubahan wang haram dan pengayaan haram. Vasquez juga didakwa atas kesalahan pengubahan wang haram.
Sejak skandal itu dikethui umum, Presiden Petro telah menafikan menerima wang daripada raja kokain yang berkuasa di negara itu. bahkan, dia sendiri meminta anaknya disiasat.
Nicolas Petro adalah ahli parlimen untuk parti bapanya di bahagian utara Atlantik. Media tempatan menyiarkan rekod bank menunjukkan dia mempunyai wang yang jauh lebih banyak daripada gajinya daripada kongres.
Vasquez pernah berkata dalam temu bual bahawa bekas suaminya menerima bersamaan AS$124,000 daripada seorang bekas pengedar dadah bernama Samuel Santander Lopesierra.
Santander Lopesierra menjalani hukuman penjara 18 tahun di Amerika Syarikat kerana mengedar dadah.-AFP
(Nicolas Petro Burgos)