fb fb fb fb fb

Letupan gas di restoran Mexico, dua maut dan 19 cedera

(FOTO REUTERS)

BANDAR MEXICO, 15 Mac- Satu kejadian letupan dipercayai akibat kebocoran gas di sebuah restoran tepi pantai di pusat peranginan Playa del Carmen di Caribbean, Mexico menyebabkan dua maut dan 19 lagi cedera.

Menurut pihak berkuasa, insiden itu berlaku pada Isnin, namun status warganegara mangsa belum diketahui.

Askar dilihat mengawal lokasi letupan yang menyebabkan kerosakan teruk pada restoran di salah satu destinasi pelancongan paling popular di Mexico.

Penyiasatan sedang dijalankan ke atas kejadian tersebut.

Insiden tersebut terus menjadi halangan kepada usaha Mexico untuk menarik kembali pelancong selepas terkesan dengan pandemik COVID-19, selain peningkatan keganasan di pusat peranginan Caribbean termasuk Playa del Carmen, Cancun dan Tulum.


(FOTO REUTERS)

Pada Sabtu, seorang ahli perniagaan British yang menetap di Playa del Carmen telah ditembak mati.

Pendakwa raya Mexico mengaitkan sebahagian besar keganasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini adalah perebutan kawasan antara pengedar dadah ataupun pemerasan.

Media Baharu