fb fb fb fb fb

Letupan di South River, seorang maut

Foto REUTERS

NEW JERSEY, 3 Mei- Sekurang-kurangnya seorang terkorban dalam insiden letupan yang berlaku di South River, New Jersey, semalam.

Kejadian tersebut menyebabkan sebuah rumah musnah.

Menurut pihak berkuasa, letupan tersebut turut menjejaskan kawasan berkenaan dengan setiap rumah mengalami kerosakan.

Pihak berkuasa berjaya memadam kebakaran itu daripada merebak.

Punca kejadian masih dalam siasatan.-REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM