fb fb fb fb fb

Wartawan Palestin terima anugerah UNESCO

Foto AFP

PARIS, 3 Mei- Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) menganugerahkan hadiah kebebasan akhbar kepada wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai konflik di Gaza.

Menurut Ketua Juri Antarabangsa Profesional Media, Mauricio Weibel, pihaknya terhutang dengan keberanian dan komitmen mereka terhadap kebebasan bersuara.

"Dalam tempoh kegelapan dan putus asa, kami ingin berkongsi mesej solidariti dan pengiktirafan kepada wartawan Palestin yang membuat liputan mengenai konflik di negara tersebut," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Audrey Azoulay berkata hadiah itu memberi penghormatan terhadap keberanian wartawan dalam menghadapi keadaan sukar dan berbahaya.

Dalam pada itu, Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ) yang berpangkalan di New York melaporkan sekurang-kurangnya 97 kakitangan akhbar terutamanya warga Palestin terbunuh sejak konflik Israel-Hamas tercetus pada Oktober tahun lalu.

Serangan berterusan Israel itu menyebabkan sekurang-kurangnya 34,596 orang kebanyakannya wanita dan kanak-kanak terkorban di Gaza. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM