fb fb fb fb fb

Letupan di pusat latihan Sheriff LA ragut 3 Nyawa, tragedi terburuk sejak 1857

FOTO REUTERS

LOS ANGELES, 19 Julai – Tiga anggota berpangkat deputi dari Jabatan Sheriff Daerah Los Angeles (LASD) terkorban dalam satu letupan di fasiliti latihan khas mereka pada pagi Jumaat, menjadikan insiden itu sebagai tragedi terbesar dalam sejarah jabatan itu sejak 1857.

Letupan berlaku sekitar oukul 7:30 pagi waktu tempatan di Pusat Latihan Akademi Biscailuz, East Los Angeles, yang juga merupakan sebahagian daripada fasiliti Bahagian Penguatkuasaan Khas, Unit Bahan Letupan dan Siasatan Kebakaran LASD.

Menurut Sheriff Los Angeles, Robert Luna, ketiga-tiga mangsa merupakan anggota berpengalaman yang telah berkhidmat selama 19, 22 dan 33 tahun.

β€œIni adalah kehilangan nyawa terbesar dalam sejarah jabatan kami sejak penubuhan pada 1857. Mereka semua berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk komuniti ini,” kata Luna dalam sidang media.

Tiada anggota lain dilaporkan cedera atau dikejarkan ke hospital. Siasatan awal media tempatan yang memetik sumber penguatkuasa undang-undang menyebut letupan berlaku ketika pasukan bom sedang memindahkan bahan letupan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut untuk menentukan punca sebenar letupan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE