GAZA, 19 September- Sekurang-kurangnya empat letupan bom dilaporkan berlaku di Gaza pada awal pagi Jumaat, menggoncang wilayah Palestin itu.
Sehari sebelumnya, tentera Israel dilihat mara melalui dua laluan menuju pusat Bandar Gaza, sementara talian internet dan telefon terputus beberapa jam.
Keadaan itu menandakan kemungkinan peningkatan operasi darat oleh rejim Zionis.
Pada hari sama, Amerika Syarikat menolak draf resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, tanpa syarat dan kekal di Gaza.
Draf resolusi itu, yang digubal oleh 10 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan PBB, turut menuntut pembebasan segera, bermaruah dan tanpa syarat bagi semua tebusan. -REUTERS