fb fb fb fb fb

Lelaki cedera diserang jerung di Australia

(Foto Hiasan)

SYDNEY, 25 Ogos- Seorang lelaki berusia 40-an dikejarkan ke hospital selepas cedera diserang seekor jerung di pantai utara Sydney, hari ini.

Jurucakap hospital New South Wales berkata mangsa digigit di bahagian kaki semasa berada di dalam air di Pantai Lighthouse.

Tempat meluncur terkenal itu sering diganggu dengan beberapa siri serangan jerung kebelakangan ini.

Jerung jenis putih dan lembu sering dilihat berkeliaran di pantai tersebut.

Terdahulu, seorang remaja perempuan berusia 16 tahun maut diserang haiwan berkenaan di Australia Barat awal tahun ini.

Seorang penyelam juga telah dibunuh ketika sedang berenang di sebuah pantai di Sydney pada Februari lalu.- AFP


(Foto Hiasan)

Media Baharu