fb fb fb fb fb

Polis Costa Rica rampas lebih 2 tan kokain

(Foto REUTERS)

GOLFITO, 25 Ogos- Sebuah bot yang membawa 2.4 tan kokain di sepanjang Lautan Pasifik ditahan polis Costa Rica.

Menurut Menteri keselamatan Costa Rica, Mario Zamora,pihaknya mengesan kapal berkenaan kira-kira 200 kilometer (124 batu) di luar pantai barat daya Amerika Tengah.

Zamora berkata kesemua dadah berkenaan dirampas.

"Tiga orang ditahan dalam insiden itu.

"Mereka akan disiasat kerana mengedar, memiliki dan menghasilkan kokain.

"Penghantaran dadah dari Colombia ke Costa Rica itu berkemungkinan untuk dieksport semula ke Eropah atau Amerika Syarikat," katanya kepada pemberita di sini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu