SEOUL, 4 Jun - Lee Jae-Myung dari Parti Demokratik diumum sebagai pemenang pilihan raya presiden, awal pagi tadi.
Keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya Kebangsaan Korea Selatan menunjukkan Lee telah mengalahkan pesaing konservatif Kim Moon-soo.
"Saya dengan rendah hati akan menerima pilihan rakyat. Tahniah kepada calon yang dipilih Lee Jae-myung," kata Kim ketika undian terakhir masih dikira.
Terdahulu, Lee mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana meletakkan kepercayaan kepadanya. Dalam ucapannya, Lee berjanji akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi tanggungjawab dan misi besar yang diamanahkan rakyat.
Beliau turut berjanji untuk mengadakan dialog, komunikasi dan kerjasama dengan Pyongyang dalam usaha memperbaiki hubungan kedua-dua negara.
Peratusan keluar mengundi ialah 79.4%, tertinggi sejak 1997. -AFP