NAVALUENGA, 19 Julai – Pasukan bomba bertungkus-lumus mengawal kebakaran hutan yang meletus di kawasan pergunungan berhampiran Navaluenga, kira-kira 100 kilometer di barat Madrid, pada Jumaat.
Imej dari udara menunjukkan kepulan asap tebal memenuhi ruang udara, manakala anggota bomba di daratan berusaha memutuskan laluan api dengan menggali tanah serta melakukan pembakaran terkawal untuk membina zon penampan.
Berpakaian jaket kuning, anggota penyelamat menggunakan peralatan seperti cangkul dan teknik ‘technical fire’ bagi menghalang api daripada terus merebak ke kawasan hutan yang lebih dalam.
Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, berdasarkan penilaian awal, lebih 700 hektar kawasan hutan yang padat telah musnah dalam kebakaran tersebut.
Usaha pemadaman masih diteruskan dengan sokongan udara dan darat, manakala tiada laporan kecederaan atau kehilangan nyawa setakat ini.-REUTERS