DAMSYIK, 17 Julai - Sekurang-kurangnya 500 orang terbunuh dalam keganasan yang tercetus di wilayah Sweida, selatan Syria.
Pertempuran sengit yang berlarutan itu menyebabkan kerajaan Syria menghantar pasukan tenteranya ke kawasan terbabit.
Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), antara yang terkorban 154 orang awam dari Sweida.
243 anggota pasukan keselamatan kerajaan turut dilaporkan maut.
SOHR turut melaporkan 15 anggota tentera Syria terbunuh dalam serangan udara dilancarkan Israel.
Pertempuran di wilayah Sweida, yang majoriti penduduknya berketurunan Druze, semakin memuncak sejak beberapa hari lalu, dipercayai berpunca daripada ketegangan etnik dan politik yang berlarutan di selatan negara itu.-AFP