GAZA, 17 Julai - Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dalam siri serangan tentera Israel di Gaza pada Khamis, termasuk dua yang maut dalam serangan ke atas sebuah gereja.
Mangsa yang terbunuh termasuk sebuah keluarga terdiri daripada tujuh orang dalam serangan udara di Jabalia, utara Gaza.
Selain itu, lapan lelaki yang ditugaskan untuk melindungi penghantaran bantuan kemanusiaan turut terbunuh dalam serangan berasingan di kawasan utara.
Di lokasi lain, tiga orang maut dalam serangan di bahagian tengah Gaza, manakala empat lagi terkorban dalam serangan di kawasan Zeitoun.
Jurucakap Agensi Pertahanan Awam Gaza, Mahmud Bassal berkata dua orang maut dalam serangan terhadap Gereja Latin Monastery yang terletak di timur Gaza. -REUTERS