fb fb fb fb fb

Lebih 50 maut dalam kebakaran bangunan di Afrika Selatan

(FOTO www.latimes.com)

JOHANNESBURG, 31 Ogos - Lebih 50 orang maut dalam kebakaran bangunan lima tingkat di tengah ibu kota di sini pada Khamis, kata Perkhidmatan Kecemasan Bandar Afrika Selatan.

Dalam kebakaran berkenaan, 12 yang lain cedera dan lemas akibat terhidu asap. Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan bagi rawatan, kata jurucakap Pengurusan Perkhidmatan Kecemasan, Robert Mulaudzi.

"Kami telah menemui 52 mangsa dan 43 orang yang mengalami cedera ringan", kata Mulaudzi kepada stesen televisyen tempatan, ENCA.

Menurut Mulaudzi, pasukan bomba dan penyelamat dikerah bagi memadamkan kebakaran sementara operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.

"Pasukan bomba dan penyelamat bergerak kes setiap tingkat bagi proses mencari mangsa", kata Mauladzi yang menjangkakan bilangan mangsa terkorban terus meningkat.

Menurut Mauladzi, bangunan berkenaan yang terletak di kawasan yang pernah menjadi hab ekonomi negara berkenaan sebelum digunakan sebagai penempatan.

Setakat ini, punca kebakaran belum dapat dipastikan.

Gambar-gambar di televisyen menunjukkan trak bomba dan ambulan berada di luar bangunan berkenaan yang sedang marak terbakar yang dipenuhi polis.- AFP

(FOTO www.theguardian.com)

Media Baharu