fb fb fb fb fb

China rancakkan pembangunan teknologi AI, lancar produk tempatan

FOTO REUTERS

BEIJING, 31 Ogos- Sekurang-kurangnya tiga firma teknologi China termasuk Baidu, Baichuan Intelligent Technology dan Zhipu AI pada Khamis melancarkan produk kecerdasan buatan (AI) selepas mendapat kelulusan kerajaan ketika China mempercepatkan penggunaan AI.

Baidu, penyedia carian dalam talian terkemuka di China berkata dalam satu kenyataan bahawa perisian interaksi AI seperti ChatGPT iaitu Ernie Bot akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai.

Dua syarikat pemula AI, Baichuan Intelligent Technology dan Zhipu AI juga berkata perisian mereka akan dilancarkan secara rasmi hari ini.

Ketiga-tiga mereka berkata produk mereka telah mendapat kelulusan kerajaan.

Pihak berkuasa baru-baru ini telah mempercepatkan usaha untuk menyokong syarikat membangunkan AI, kerana teknologi itu semakin menjadi tumpuan persaingan dengan Amerika Syarikat (AS).


(FOTO REUTERS)

Media China melaporkan bahawa sejumlah 11 firma telah menerima kelulusan daripada kerajaan termasuk pembuat TikTok ByteDance dan SenseTime Group.

Kelulusan kawal selia telah dijangka secara meluas selepas China menerbitkan satu set peraturan interim, bertujuan untuk mengawal selia produk AI generatif untuk orang ramai yang berkuat kuasa pada 5 Ogos.

Sebelum ini, syarikat hanya dibenarkan menjalankan ujian awam berskala kecil bagi produk AI menggunakan peraturan baharu.

Syarikat telah meluaskan ujian produk AI, membolehkan lebih banyak ciri dan penglibatan dalam pemasaran.- REUTERS

Media Baharu