fb fb fb fb fb

Lebih 300 rakyat Myanmar larikan diri ke Thailand

Foto AFP

BANGKOK, 8 Mei- Lebih 300 rakyat Myanmar melarikan diri ke Thailand untuk mencari perlindungan berikutan serangan kumpulan etnik bersenjata terhadap junta.

Ia berlaku beberapa hari selepas junta melanjutkan tempoh gencatan senjata sehingga akhir bulan ini.

Menurut tentera Thailand, serangan berlaku semalam, menyaksikan Tentera Pembebasan Kebangsaan Karen (KNLA) menyasarkan pangkalan tentera Myanmar di negeri Kayin, kira-kira 2.5 kilometer dari sempadan Thailand.

"Serangan melibatkan pengepungan jarak dekat pangkalan dan penggunaan dron bersenjata," menurut kenyataan tentera Thailand.

Susulan serangan itu, 327 warga Myanmar bertindak menyeberang ke Thailand dan berlindung di dua tapak sementara, termasuk sebuah kuil.

"Tentera dan polis Thailand telah menyediakan bantuan keselamatan dan kemanusiaan kepada mereka," katanya.

Tentera Thai telah meningkatkan rondaan di sepanjang sempadan di wilayah Tak untuk mencegah sebarang insiden pencerobohan yang melanggar kedaulatan negara. - AFP

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello