fb fb fb fb fb

Lebih 100 migran berlepas dari Perancis ke UK, catat rekod baharu tertinggi

Foto Reuters

GRAVELINES, 3 Julai- Lebih 100 migran dilaporkan berlepas menaiki dua bot getah dari kawasan pantai Gravelines, Perancis, menuju ke United Kingdom pada Rabu.

Dalam kejadian sama, sekumpulan migran lain cuba menaiki salah satu bot tersebut namun dihalang, manakala yang lain dilihat berjalan di sepanjang kawasan bukit pasir dan hanya sebahagian penumpang yang memakai jaket keselamatan.

Menurut data terbaharu Kementerian Dalam Negeri Britain, seramai 879 migran tiba di negara itu pada Isnin (30 Jun), menjadikan jumlah keseluruhan bagi separuh pertama tahun 2025 mencecah 19,982 orang.

Jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan merupakan rekod tertinggi bagi enam bulan pertama tahun ini.

Situasi itu sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, ketika kerajaan berusaha mengurangkan kemasukan migran secara haram.- REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM