fb fb fb fb fb

Latihan ketenteraan, perkukuh kerjasama pertahanan udara

Foto AFP

BANGKOK, 15 Ogos- Thailand dan China memulakan latihan tentera udara bersama buat julung kalinya, beberapa tahun selepas terhenti akibat COVID-19.

Sumber kementerian pertahanan China memaklumkan, ia melibatkan kontinjen besar merangkumi jet pejuang, pengebom dan pesawat amaran awal.


(Latihan dijadualkan berlangsung sehingga khamis depan / Foto AFP)

Latihan 'Falcon Strike' dilakukan selepas latihan ketenteraan terbesar China di sekitar Taiwan yang dilakukan sebagai membalas lawatan Speaker Kongres Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi.

Ketua Udara Marshall Thai, Prapas Sornchaidee, berkata 'Falcon Strike' yang berlangsung hari ini hingga Khamis minggu depan, di timur laut negara itu bertujuan untuk menguatkan hubungan dan persefahaman dengan China.

Ia menambah latihan itu akan membabitkan sokongan udara, serangan ke atas sasaran darat dan penempatan tentera berskala kecil dan besar. - AFP

Media Baharu