fb fb fb fb fb

Gereja terbakar di Mesir, 40 maut 55 lagi cedera

KAHERAH, 15 Ogos- Lebih 40 penganut agama Kristian terkorban dalam satu kebakaran di dalam gereja di bandar Giza, hari ini.

Ia dipercayai akibat daripada litar elektrik yang mencetuskan percikan api ketika hampir 5,000 penganut berkumpul di dalam gereja Abu Sifin dekat kejiranan Imbaba, dan mengakibatkan rempuhan.


(Gereja Abu Sifin terbakar / Foto Reuters)

Sumber keselamatan berkata, kira-kira 55 orang cedera.

Sebanyak 15 kenderaan pemadam kebakaran bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan api, manakala ambulans menghantar mangsa ke hospital berdekatan.

Kementerian Kesihatan berkata, ambulans menghantar sekurang-kurangnya 55 yang cedera ke hospital.

Mesir mempunyai kira-kira 10 peratus penganut agama Kristian. - REUTERS

Media Baharu