fb fb fb fb fb

Lapan terkorban dalam nahas bot seludup di laut Aegean

Foto Fail/AFP

ATHENS, 20 Disember- Lapan orang dilaporkan lemas pada Jumaat apabila sebuah bot laju penyeludup karam semasa dikejar pasukan pengawal pantai Greece di Laut Aegean.

Menurut kenyataan pengawal pantai, bot itu terbalik ketika cuba melarikan diri, mengakibatkan lapan maut manakala 18 lagi berjaya diselamatkan.

Kejadian berlaku berhampiran pulau Rhodes, yang terletak di laluan popular penyeludup migran dari pantai Turki.

Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan termasuk menggunakan kapal dan helikopter.

Menurut kementerian migrasi negara itu, Greece merekodkan peningkatan 25 peratus dalam jumlah pendatang tahun ini, dengan peningkatan 30 peratus di Rhodes dan kawasan tenggara Aegean.

Kemalangan serupa telah berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pada akhir November, sembilan migran termasuk enam kanak-kanak maut apabila dua bot tenggelam berhampiran pulau Samos dan Lesbos, manakala lima lagi terkorban dalam insiden di Pulau Crete hujung minggu lalu.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM