fb fb fb fb fb

Lapan terbunuh dalam serangan Rusia semalam

Penembak Ukraine dari Briged Mekanik Berasingan ke-14 di kedudukan berhampiran bandar Kupyansk, Wilayah Kharkiv/AFP

KIEV, 19 April- Serangan Rusia membunuh lapan individu, termasuk dua kanak-kanak, selain mencederakan 18 individu lain di wilayah Dnipropetrovsk tengah Ukraine, kata Kementerian Dalam Negeri pada Jumaat.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dalam satu kenyataan merayu kepada sekutunya untuk mendapatkan sistem pertahanan udara yang lebih baik selain mahu Rusia harus bertanggungjawab atas serangan itu.

"Setiap negara yang menyediakan sistem pertahanan udara ke Ukraine, setiap pemimpin yang membantu memujuk rakan kongsi kami bahawa sistem pertahanan udara tidak seharusnya disimpan di gudang tetapi digunakan di bandar dan komuniti sebenar yang menghadapi keganasan, dan setiap orang yang menyokong pertahanan kami adalah penyelamat nyawa," kata Zelensky.

Tentera udara berkata, tentera Rusia telah melancarkan 22 peluru berpandu dan 14 dron serangan rekaan Iran semalam. 15 serangan peluru berpandu dan semua serangan udara itu ditembak jatuh.

Serangan Rusia menyasarkan bandar di seluruh Ukraine sejak permulaan konflik lebih dua tahun lalu. Serangan peluru berpandu ke atas bandar utara Chernigiv menyebabkan 18 maut awal minggu ini.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI