fb fb fb fb fb

Konflik Israel, Iran : Syarikat penerbangan tukar laluan

Tangkap layar laman web Flightradar24

TEHRAN, 19 April- Syarikat penerbangan menukar laluan penerbangan atau menuju ke lapangan terbang ganti atau kembali semula ke tempat berlepas berbanding meneruskan penerbangan ke Iran. Ia berikutan ruang negara itu ditutup selepas serangan Israel menurut data penjejakan penerbangan.

Laman web penjejakan penerbangan FlightRadar24 Iran menutup lapangan terbang di Tehran, Shiraz dan Isfahan selepas serangan itu.

Menjelang 4.45 pagi waktu tempatan lapangan terbang dan ruang udara telah dibuka semula, dan notis penutupan yang disiarkan menerusi pangkalan data Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat ditarik balik.

Sebelum lapangan terbang dibuka semula, Flydubai berkata telah membatalkan penerbangannya pada Jumaat ke Iran. Salah satu penerbangan awalnya berpatah balik ke Dubai, katanya.

Sementara itu Flightradar 24 menunjukkan penerbangan Iran Air dari Rom ke Tehran telah dilencongkan ke Ankara, Turki.

Manakala Emirates, Flydubai, Turkish Air, Wizz Air Abu Dhabi dan Belavia adalah antara syarikat penerbangan yang terus terbang di bahagian ruang udara Iran yang masih dibuka beberapa jam awal selepas serangan pada awal Jumaat.

"Kami memantau keadaan dengan teliti dan akan membuat perubahan pada laluan penerbangan kami dengan berunding dengan pihak berkuasa yang berkaitan," kata Flydubai dalam satu kenyataan.

Penutupan ruang udara dan lapangan terbang di Iran menjejaskan syarikat penerbangan di Dubai selepas ia merekodkan hujan lebat di Emiriah Arab Bersatu.

Sejak Selasa, 1,478 penerbangan telah dibatalkan ke dan dari Dubai. Menurut FlightRadar24 kira-kira 30% daripada semua penerbangan.

Banyak syarikat penerbangan Barat dan Asia juga mengelak untuk ke Iran.

Bagi Lufthansa Jerman, ia melanjutkan penggantungan penerbangan ke Tehran sehingga akhir bulan ini kerana bimbang keselamatan yang berterusan di rantau itu.

Qantas Airways Australia berkata, syarikat penerbangan itu mengubah laluan antara Perth dan London atas kebimbangan mengenai Asia Barat.

Syarikat Penerbangan China dalam satu kenyataan berkata, "perhatian terus diberi kepada situasi itu dan merancang laluan paling sesuai mengikut saranan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) A.S. dan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah".

Etihad Airways juga "berterusan memantau kemas kini keselamatan dan ruang udara. Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan kami tidak akan pernah mengendalikan penerbangan melainkan ia selamat untuk berbuat demikian."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI