fb fb fb fb fb

Lapan maut pokok tumbang ketika berkhemah di Mari El

(FOTO AFP)

MOSCOW, 30 Julai - Lapan orang maut manakala 10 lagi telah dimasukkan ke hospital di Rusia apabila beberapa batang pokok tumbang akibat ribut di sebuah tapak perkhemahan di Republik Mari El, kata pihak berkuasa pada Ahad.

“Menurut maklumat terkini, lapan orang maut di Mari El akibat taufan yang berlaku sehari sebelumnya,” kata Yevgeny Maslov, Datuk Bandar Yoshkar-Ola.

(FOTO HIASAN)

Mari El ialah wilayah Rusia yang terletak di sepanjang tebing utara Sungai Volga dan Yoshkar-Ola ialah bandar terbesarnya.

Sementara itu, pihak berkuasa kecemasan wilayah berkata hampir 100 penyelamat sedang membersihkan serpihan di tapak perkhemahan berhampiran Tasik Yalchik sambil menambah bahawa secara keseluruhan 27 orang telah mengalami kecederaan.

"Pelawat tidak mengambil kira ramalan cuaca," kata kementerian itu menerusi Telegram.

Pihak berkuasa berkata terdapat beratus orang sedang berkhemah di tepi tasik itu ketika kejadian ribut melanda.-AFP

Media Baharu