fb fb fb fb fb

Enam maut pesawat ringan terhempas di barat Calgary

(FOTO HIASAN)

CALGARY, 30 Julai - Polis Diraja Kanada (RCMP) mengesahkan lima penumpang bersama seorang juruterbang maut apabila sebuah pesawat ringan terhempas di Rocky Mountains di Calgary, Kanada pada Jumaat.

Menurut RCMP, kejadian berlaku ketika pesawat itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Springbank berhampiran Calgary ke Salmon Arm, British Columbia.

Pegawai RCMP, Staf Sarjan Ryan Singleton berkata pesawat itu dilaporkan terputus hubungan kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan.

(FOTO HIASAN)

Tidak lama selepas pesawat itu dilaporkan lewat dari jadual, pencarian dilancarkan oleh skuadron Tentera Udara Diraja Kanada (RCAF) yang berpangkalan di Winnipeg.

"Skuadron itu menemui tapak nahas, dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan dengan bantuan Alberta Parks Mountain Rescue," katanya sambil memaklumkan usaha berkenaan amat mencabar berikutan keadaan muka bumi yang sukar di lokasi terbabit.

Singleton berkata, serpihan pesawat bersama enam mayat ditemukan kira-kira 7.30 pagi (1230 GMT) pada Sabtu di kawasan pergunungan kira-kira 100 kilometer barat Calgary.

Katanya, identiti mangsa tidak diumumkan dan punca nahas sedang disiasat.-REUTERS

Media Baharu