fb fb fb fb fb

Lapan individu termasuk kanak-kanak terperangkap dalam kereta kabel

(Foto REUTERS)

BATTAGRAM, 22 Ogos- Seramai lapan individu membabitkan dua guru dan enam kanak-kanak terperangkap di dalam kereta kabel di Pakistan.

Kesemua mereka terperangkap dan tergantung di dalam kereta kabel itu, 274 meter (900 kaki) di atas gaung selepas kabel terputus.

Pegawai penyelamat, Shariq Riaz Khattak berkata misi menyelamat yang menggunakan helikopter terbabit sangat berisiko kerana dihalang oleh angin kencang.

"Bilah pemutar helikopter juga berisiko menjejaskan kestabilan kereta kabel berkenaan.

"Kanak-kanak yang terkandas sejak pukul 7.00 pagi menggunakan kereta kabel untuk ke sekolah di kawasan pergunungan di Battagram, kira-kira 200 kilometer utara Islamabad," katanya kepada pemberita di sini.

Dalam pada itu, Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan berkata dua helikopter tentera telah dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat selepas percubaan membaiki kerosakan itu tidak berjaya.

Misi menyelamat masih giat dilaksanakan sehingga kini. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu