fb fb fb fb fb

18 pendatang asing ditemukan mati di Greece

(Foto AFP)

ALEXANDROUPOLI, 22 Ogos- Seramai 18 pendatang asing ditemukan mati dalam kebakaran hutan di Greece.

Jurucakap bomba, Yiannis Artopios berkata kesemua mangsa ditemukan mati di utara bandar Alexandroupoli.

"Tiada penduduk tempatan dilaporkan hilang. Kemungkinan kesemua mangsa memasuki negara ini secara haram. Kawasan terbabit merupakan pintu masuk bagi pendatang asing. Bagaimanapun, perkara itu masih disiasat,' kata Artopios dalam ucapannya di televisyen.

Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan meninggal dunia minggu ini akibat kebakaran hutan meningkat kepada 20 orang.

Isnin lalu, seorang pendatang asing dan penternak ditemukan mati di kawasan berkenaan.

Kebakaran hutan sewaktu musim panas sering berlaku di Greece namun situasi menjadi lebih buruk ekoran cuaca ekstrem yang melanda dunia ketika ini. - AFP


(Foto AFP)

Media Baharu