fb fb fb fb fb

Thaksin boleh mohon pengampunan diraja

FOTO AFP

BANGKOK, 23 Ogos- Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra boleh mendapatkan pengampunan diraja dan proses itu mengambil masa satu hingga dua bulan.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pemulihan, Sitthi Sutivong berkata Thaksin boleh memohon pengampunan diraja sejurus menjalani hukuman penjara.

Menurut Sutivong, proses berkenaan bergantung sama ada jumlah dokumen yang diserahkan mencukupi.

Permohonan pengampunan diraja akan dikemukakan kepada jawatankuasa Jabatan Pemulihan.

Jawatankuasa akan menyerahkan permohonan kepada Kementerian Kehakiman dan kemudian perdana menteri akan mengemukakannya untuk pertimbangan Majlis Privy.

Semalam, Mahkamah Agung menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun kepada Thaksin yang kembali semula ke Thailand selepas hidup dalam buangan selama 15 tahun.

Keadaan kesihatan Thaksin di Penjara Reman Bangkok sedang dipantau.

Thaksin mempunyai masalah kesihatan antaranya masalah jantung dan paru-paru.

Thaksin yang ditempatkan di bilik persendirian di wad perubatan penjara itu akan bertemu ahli keluarga pada hari kelima.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu