fb fb fb fb fb

Budak 10 tahun mangsa tembak di Perancis

(Foto Fail)

PERANCIS, 22 Ogos- Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun telah ditembak mati dalam keganasan yang disyaki berkaitan dadah di bandar Nimes, selatan Perancis.

Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata insiden berlaku di kawasan Pissevin ketika mangsa menaiki kereta bersama bapa saudaranya.

"Setakat ini, keluarga mangsa menafikan bahawa mereka terlibat dengan sebarang bentuk jenayah termasuk dadah.

"Mereka yang terlibat tidak akan terlepas daripada hukuman setimpal.

"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya kepada pemberita di sini.

Sementara itu, Datuk Bandar Nimes, Jean-Paul Fournier berkata empat lelaki bersenjata itu masih diburu polis.

"Saya sangat terkejut dan sedih dengan tragedi baru ini," kata Datuk Bandar Nimes.

Kejadian tembakan maut berkaitan dadah membelenggu bandar pelabuhan selatan Marseille, sekitar 100 kilometer (60 batu) dari Nimes dan lebih buruk di wilayah utara Normandy di mana terletaknya bandar Evreux. - AFP


(Foto Fail)

Media Baharu