fb fb fb fb fb

Kanada pertimbang had visa pelajar asing, tangani kekurangan perumahan

(FOTO https://brighterworld.mcmaster.ca)

OTTAWA, 22 Ogos - Kerajaan Kanada mempertimbangkan bagi menghadkan visa pelajar asing susulan tekanan berikutan kenaikan kos perumahan yang meningkat secara mendadak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kata Menteri perumahannya, Sean Fraser pada Isnin.

Menurut Fraser, data rasmi menunjukkan terdapat peningkatan lebih 800,000 pelajar asing dengan visa aktif pada 2022, berbanding 275,000 pelajar pada 2012.

Fraser yang sebelum ini merupakan Menteri Imigresen sebelum menjawat jawatan sebagai Menteri Perumahan bulan lalu, berkata peningkatan mendadak bilangan pelajar asing memberi tekanan yang ketara terhadap pasaran perumahan.

Namun, Fraser menjelaskan kerajaan Kanada belum membuat keputusan berkaitan perkara berkenaan memandangkan negara itu tidak pernah merangka undang-undang sedemikian sebelum ini.

“Kami mempunyai program imigresen sementara yang tidak pernah direka untuk melihat pertumbuhan yang begitu pesat dalam tempoh masa yang singkat,” kata Fraser kepada pemberita di luar program kerajaan di wilayah Atlantik Pulau Prince Edward.

Parti pembangkang, Konservatif yang mendahului menjelang pemilihan pilihan raya persekutuan pada Oktober 2025, berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Justin Trudeau tidak melakukan secukupnya bagi menangani isu perumahan.

Kanada yang sebelum ini merancang bagi mengambil 500,000 penduduk tetap pada 2025 dilaporkan berkata mengehadkan bilangan pendatang baharu bukan jawapan kepada masalah perumahan yang semakin meruncing di negara berkenaan-REUTERS


(FOTO https://capitalcurrent.ca)

Media Baharu