fb fb fb fb fb

Lapan cedera, puting beliung landa selatan Chile

Foto REUTERS

PUERTO VARAS, 26 Mei- Sekurang-kurangnya lapan individu mengalami kecederaan dalam insiden puting beliung di Chile, semalam.

Gabenor Wilayah Los Lagos, Alejandro Santana yang mengesahkan kejadian tersebut berkata insiden berlaku di bandar Puerto Varas, selatan Chile.

Menurut Direktorat Meteorologi Chile, amaran cuaca telah dikeluarkan bagi kemungkinan pembentukan puting beliung dan pusaran air di beberapa kawasan termasuk Araucania, Los Rios dan Los Lagos.

Setakat ini, Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Kebangsaan memaklumkan tiada kematian atau kerosakan infrastruktur dilaporkan.- REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM