fb fb fb fb fb

Lancar latihan ketenteraan sekitar Taiwan, tanda amaran keras dari China

FOTO AFP

BEIJING, 19 Ogos- China melancarkan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan pada Sabtu sebagai tanda amaran keras terhadap tindakan naib presiden pulau itu William Lai yang melakukan persinggahan di Amerika Syarikat.

Lai, yang merupakan pendahulu dalam pilihan raya presiden Taiwan tahun depan, singgah di New York dan kembali melalui San Francisco dalam perjalanan ke Paraguay, salah satu daripada jumlah negara yang semakin berkurangan yang mengiktiraf Taipei secara diplomatik.

China telah menggelar Lai sebagai "pembuat masalah" dan berikrar untuk mengambil langkah tegas demi menjaga kedaulatan negara.

"Pada Sabtu, Komando Teater Timur Tentera Pembebasan Rakyat China melancarkan rondaan di udara dan laut serta latihan ketenteraan tentera laut dan udara di sekitar pulau Taiwan", menurut akhbar Xinhua yang memetik jurucakap tentera, Shi Yi.


(Presiden China, Xi Jinping/AFP)

Xinhua berkata latihan itu bertujuan untuk menguji keupayaan PLA dalam merampas kawalan ruang udara dan laut dan berhadapan situasi sebenar pertempuran.

China menuntut hak negara Taiwan dan tidak menolak menggunakan kekerasan untuk merampasnya.

Ia melancarkan latihan ketenteraan utama selepas Nancy Pelosi, ketika itu speaker Dewan, melawat Taiwan tahun lalu dan kemudian apabila Presiden Tsai Ing-wen bertemu penggubal undang-undang terkemuka AS ketika dia transit melalui Amerika Syarikat.

Washington bagaimanapun berkata tindakan transit Lai itu adalah sebagai satu rutin dan mendesak agar tidak mencetuskan ketegangan.- AFP

Media Baharu