fb fb fb fb fb

Aktivis sayap kanan Belanda ulang perbuatan hina al-Quran

(Umat Islam mengecam perbuatan hina al-Quran di hadapan kedutaan Turki di The Hague/AFP)

THE HAGUE, 19 Ogos- Seorang aktivis sayap kanan Belanda sekali lagi memijak dan mengoyakkan senaskah al-Quran di luar kedutaan Turki di The Hague.

Edwin Wagensveld melakukan perkara itu bersama dua orang lain.

Perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan. Sebahagian daripada penunjuk perasaan mula melemparkan batu ke arah mereka.

Susulan kejadian itu, pihak berkuasa telah menutup jalan berhampiran kedutaan terbabit.

Menteri Kehakiman Belanda Dilan Yesilgoz menyifatkan rancangan untuk memusnahkan al-Quran sebagai "agak primitif dan menyedihkan".

Bagaimanapun, undang-undang Belanda membenarkan demonstrasi sedemikian.

(Foto hiasan)

Wagensveld menghadapi perbicaraan kerana komen yang dibuatnya semasa demonstrasi sama pada Januari, semasa dia mengoyakkan salinan Al-Quran di luar parlimen sambil menyamakan buku itu dengan "Mein Kampf" karya Adolf Hitler.

Geert Wilders, ketua satu lagi parti sayap kanan, menyiarkan mesej dalam talian yang menyokong demonstrasi tersebut.

Perbuatan sama terhadap Al-Quran juga telah berlaku di negara-negara Eropah yang lain baru-baru ini.

Pada Julai lalu, dua lelaki bertindak membakar senaskhah al-Quran di hadapan parlimen Sweden dan kejadian sama telah berlaku di Denmark tahun ini.

Tindakan seumpamaya telah mencetuskan kemarahan dan keresahan di beberapa negara Islam.

Pada hari Khamis, agensi perisikan Sweden meningkatkan tahap amaran sebagai tindak balas kepada reaksi kemarahan umat Islam terhadap pembakaran Al-Quran.-AFP

Media Baharu