fb fb fb fb fb

Lagi gempa bumi kuat 6.3 magnitud landa Afghanistan

(Mangsa yang terselamat di hospital berikutan gempa bumi di Herat, Afghanistan, hari ini/AFP)

HERAT, 15 Oktober- Gempa bumi berkekuatan 6.3 magnitud menggegar barat Afghanistan hari ini dengan mengorbankan seorang mangsa serta mencederakan puluhan lagi di wilayah sama yang dilanda gempa kuat minggu lalu.

Bandar Herat kembali digegarkan ketika penduduk sedang beransur pulang ke kediaman masing-masing, selepas beberapa hari tidur di luar akibat bimbang akan gempa susulan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa terbaharu itu berlaku pada pukul 8.00 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa berada 33 kilometer barat laut Herat, diikuti gegaran susulan 5.4 magnitud dan 4.2 magnitud.

Ketua doktor di Hospital Wilayah Herat, Abdul Qadeem Mohammadi memberitahu, 93 orang cedera dan seorang maut telah didaftarkan setakat ini.

Skala kemusnahan pula sedang disiasat pihak berkuasa.

Pada 7 Oktober lalu, gempa bumi berukuran 6.3 magnitud dan lapan gempa susulan kuat menggegar bahagian sama di Herat, meruntuhkan sebahagian besar rumah di luar bandar, serta mengorbankan lebih 1,000 orang.

Dalam pada itu, lebih 528 banduan dari wilayah Herat dan Badghis terpaksa dibebaskan kerana penjara diancam keruntuhan akibat beberapa siri kejadian gempa bumi. -AFP

rtm

(FOTO AFP)

 

Media Baharu