fb fb fb fb fb

Lagi 34 rakyat Palestin maut, serangan terbaharu Israel di Gaza

Runtuhan bangunan yang terkena serangan udara Israel di Beit Lahya, utara Gaza/ AFP

GAZA, 18 November- Sekurang-kurangnya 34 orang termasuk kanak-kanak terkorban dalam serangan udara rejim Israel di utara Gaza.

Tentera Israel melancarkan serangan ke atas bangunan kediaman lima tingkat di kawasan Beit Lahia, pada waktu malam.

Menurut agensi pertahanan awam , tujuh orang cedera, manakala berpuluh-puluh lagi dikhuatiri tertimbus di bawah runtuhan.

Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, memberitahu AFP bahawa 34 mayat telah dikeluarkan dari runtuhan.

"Peluang untuk menyelamatkan lebih ramai yang cedera semakin berkurangan kerana tembakan dan serangan artileri yang berterusan," katanya.

Terdahulu, 59 orang dilaporkan masih hilang.

Israel telah melancarkan serangan besar-besaran melalui udara dan darat di kawasan utara Jalur Gaza yang sudah musnah, sejak konflik Israel-Hamas, Oktober tahun lalu.

Sebahagian besar daripada 2.4 juta penduduk Gaza juga kehilangan tempat tinggal.

Sementara itu, Hamas berkata Israel melakukan telah melakukan pembunuhan beramai-ramai di Beit Lahia, dengan menyatakan ia adalah sebahagian daripada perang genosid dan balas dendam terhadap orang awam yang tidak bersenjata.

Jurucakap Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh, mengecam pertumpahan darah yang berterusan. Beliau berkata bahawa Amerika Syarikat, penyokong ketenteraan utama Israel yang memungkinkan perkara tersebut berlaku.

Menerusi satu kenyataan, Nabil Abu Rudeineh juga menuntut agar Amerika Syarikat memaksa Israel menghentikan serangan dan mematuhi undang-undang antarabangsa.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan melaporkan jumlah kematian penduduk Palestin mencecah 43,846 orang dan majoriti yang terkorban adalah orang awam.-AFP

ROSLINA BINTI DIN