fb fb fb fb fb

Kyrgyzstan sedia terima pengantara antarabangsa tamatkan pertikaian sempadan

(Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov)

NEW YORK, 21 September- Kyrgyzstan bersedia untuk berunding selagi diperlukan dengan Tajikistan untuk menyelesaikan pertikaian sempadan bersenjata antara dua negara berjiran itu.

Presiden Kyrgyzstan Sadyr Japarov, dalam ucapan dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu berkata kira-kira 140,000 orang awam Kyrgyz telah dipindahkan dari petempatan sempadan dan sedang diberikan bantuan.

"Demi rakyat saya, saya bersedia untuk meluangkan sebanyak mungkin masa untuk menyelesaikan isu ini untuk selama-lamanya," katanya.

“Sudah tentu, apa pun penyelesaiannya, ia harus saling menguntungkan,” tambah beliau.

Japarov berkata terdapat "kehendak dan kesediaan di pihak kami" untuk meneruskan rundingan bawah sebarang format undang-undang dengan Tajikistan.

(Bendera kebangsaan Kyrgyzstan berkibar separuh tiang ketika orang ramai berkumpul
untuk meratapi rakyat yang terkorban di Batken, berhampiran sempadan Kyrgyz-Tajik/AFP)

Beliau mengalu-alukan sebarang usaha pengantaraan oleh badan antarabangsa seperti PBB dan Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah.

Jumaat lepas, Japarov bertemu dengan rakan sejawatannya dari Tajik, Emomali Rahmon dalam sidang kemuncak di Uzbekistan.

Kedua-dua pemimpin mengarahkan pasukan mereka berundur selepas gencatan senjata tentatif dicapai.

Keganasan terburuk antara dua negara bekas Soviet itu dalam tempoh beberapa tahun meletus minggu lalu di sempadan yang dipertikaikan, menimbulkan kebimbangan konflik berskala besar.

Sekurang-kurangnya 94 orang telah terbunuh, menurut kedua-dua kerajaan.-AFP

 

Media Baharu