fb fb fb fb fb

Kuwait seru rakyatnya tinggalkan Lubnan susulan kebimbangan perang

Kepulan asap di Marjeyoun selatan Lubnan, berhampiran sempadan dengan utara Israel/AFP

ANKARA, 22 Jun- Kuwait pada Jumaat menyeru rakyatnya di Lubnan agar segera meninggalkan negara itu di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan perang antara Israel dan kumpulan Hezbollah, lapor Agensi Anadolu.

Kementerian Luar Kuwait juga meminta warganya untuk tidak pergi ke Lubnan "pada ketika ini memandangkan situasi keselamatan di rantau itu."

Tentera Israel pada Selasa meluluskan rancangan untuk serangan besar-besaran ke atas Lubnan di tengah ketegangan yang semakin memuncak dengan Hezbollah.

Ketegangan meningkat di sepanjang sempadan Lubnan dengan Israel ekoran serangan rentas sempadan antara Hezbollah dan tentera Israel ketika Tel Aviv membedil Semenanjung Gaza hingga mengorbankan lebih daripada 37,450 orang sejak 7 Oktober.- BERNAMA-ANADOLU

 

ROSLINA BINTI DIN