fb fb fb fb fb

Indonesia sekat akses platform judi dalam talian

Gambar hiasan judi secara dalam talian

 JAKARTA, 22 Jun - Menteri Penyelaras bagi Hal Ehwal Politik, Undang-undang dan Keselamatan Hadi Tjahjanto pada Jumaat mengumumkan bahawa pasukan petugas perjudian dalam talian akan menyekat akses orang ramai terhadap platform perjudian dalam talian.

Pasukan petugas itu juga akan melibatkan pegawai tidak bertauliah (Babinsa), Angkatan Tentera Negara (TNI) dan pegawai keselamatan dan ketenteraman awam (Bhabinkamtibnas) Polis Negara (Polri) dalam memantau sistem pembayaran yang boleh disalahgunakan secara dalam talian.

"Pasukan petugas akan menyekat akses platform perjudian dalam talian luar negara terutamanya dengan menyasarkan penyedia akses rangkaian.

"Bhabinkamtibnas dan Babinsa sedang giat memantau aktiviti akaun bank yang digunakan untuk tujuan itu serta pasar mini yang menjual kredit tambah nilai perjudian dalam talian," kata Tjahjanto dalam sidang media di Jakarta pada Jumaat, lapor ANTARA.

Presiden Joko Widodo menubuhkan pasukan petugas pembasmian judi dalam talian yang diketuai Tjahjanto pada 14 Jun lalu.

Sementara itu, Pusat Laporan dan Analisis Transaksi Kewangan (PPATK) merekodkan sekitar 4,000 hingga 5,000 akaun bank yang disyaki mempunyai kaitan dengan aktiviti itu.

Data-data terbabit akan diserahkan kepada Badan Siasatan Jenayah Polri untuk tindakan lanjut. - BERNAMA-ANTARA

GRACE AISYAH KEDAYAN