SEOUL, 22 Jun– Kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear Amerika Syarikat, Theodore Roosevelt, tiba di bandar pelabuhan Busan, Korea Selatan untuk latihan ketenteraan bersama termasuk Jepun.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tentera Laut Korea Selatan.
Pemimpin tiga negara yang berkenaan bersetuju pada sidang kemuncak Camp David, pada Ogos 2023 untuk mengadakan latihan ketenteraan tahunan kerana mengecam "tingkah laku berbahaya dan agresif" China di perairan Laut China Selatan.
Sementara itu, Presiden Rusia Vladimir Putin melawat Korea Utara minggu ini, buat pertama kalinya dalam tempoh 24 tahun dan menandatangani perjanjian dengan pemimpin Kim Jong Un, termasuk ikrar pertahanan bersama.
Tindakan itu merupakan salah satu langkah Rusia yang paling penting di Asia selama bertahun-tahun, yang disifatkan oleh Kim sebagai satu pakatan.
Lawatan itu dilakukan tujuh bulan selepas kapal pengangkut pesawat AS, Carl Vinson ke Korea Selatan, bagi menangani ancaman nuklear dan peluru berpandu Korea Utara.-REUTERS