fb fb fb fb fb

Krisis iklim paksa ribuan sekolah ditutup di Pakistan

Foto AFP

SUKKUR, 7 Jun – Ribuan kanak-kanak di Pakistan terpaksa kehilangan waktu pembelajaran setiap tahun apabila sekolah-sekolah ditutup berikutan keadaan cuaca ekstrem yang dikaitkan dengan perubahan iklim, sekali gus mencetuskan gesaan agar sistem dan jadual persekolahan negara itu dikaji semula secara menyeluruh.

Gelombang haba melampau, kabus toksik, serta cuaca sejuk luar biasa kini menjadi kebiasaan yang memaksa pihak berkuasa menutup sekolah sebagai langkah keselamatan.

Penutupan itu bertujuan melindungi pelajar daripada risiko kesihatan ketika belajar di bilik darjah yang sering sesak dan tidak dilengkapi kemudahan asas seperti sistem penyejukan, pemanasan atau pengudaraan yang mencukupi.

Krisis iklim yang semakin meruncing memberi kesan besar terhadap sektor pendidikan negara itu, dengan ramai pakar menyeru agar pendekatan baharu yang lebih fleksibel dan tahan iklim diwujudkan demi masa depan generasi muda Pakistan.-AFP

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN