fb fb fb fb fb

Krisis ekonomi di Sri Lanka, keluarga Rajapaksa letak jawatan

COLOMBO, 4 April- Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa telah meletak jawatan, kata Menteri Pendidikan Dinesh Gunawardena kepada pemberita.

Ia juga melibatkan 26 menteri kabinet lain dalam suatu mesyuarat yang diadakan lewat malam tadi.

"Ke semua menteri menyerahkan surat peletakan jawatan mereka supaya Presiden boleh membentuk satu kabinet baharu," kata Gunawardena.

Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas membincangkan krisis ekonomi yang semakin membimbangkan.

 


(Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa/AFP)

Tiga lagi ahli keluarga Rajapaksa turut bertindak meletak jawatan yang memegang portfolio utama dalam kabinet kerajaan Sri Lanka iaitu, Basil Rajapaksa sebagai Menteri Kewangan, Chamal Rajapaksa yang merupakan Menteri Pertanian serta Namal Rajapaksa, Menteri Sukan.


Ketegangan itu timbul ketika Sri Lanka dilanda krisis ekonomi yang teruk seperti bekalan keperluan terjejas dan kenaikan harga barang dalam kemerosotan paling menyakitkan sejak kemerdekaan 1948.

Selain orang ramai menuntut agar keluarga Rajapaksa disingkirkan daripada pemerintahan negara itu, yang kembali mempimpin negara berkenaan pada 2019. -AFP

Media Baharu