fb fb fb fb fb

Korea Utara sambut meriah Hari Kanak-Kanak Sedunia

FOTO REUTERS

PYONGYANG, 2 Jun- Korea Utara meraikan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada Ahad dengan pelbagai aktiviti ceria dan penuh semangat seperti permainan, sorakan dan tarian yang disertai ribuan kanak-kanak di ibu negara, Pyongyang, lapor media rasmi KCNA.

Rakaman video menunjukkan kanak-kanak beraksi dalam beberapa permainan tradisional termasuk tarik tali di Taman Rekreasi Taesongsan.

Mereka juga mengambil bahagian dalam tarian berkumpulan yang disertai guru-guru dan ahli keluarga.

Selain permainan, sambutan itu turut menampilkan persembahan nyanyian dan pertunjukan seni yang diadakan di beberapa lokasi di Pyongyang, bagi memupuk semangat perpaduan dan patriotisme dalam kalangan generasi muda.

Hari Kanak-Kanak Sedunia yang jatuh pada 1 Jun disambut di seluruh dunia sebagai penghormatan kepada hak dan kebajikan kanak-kanak.

Sementara itu, Korea Utara menekankan kepentingan kanak-kanak sebagai "harta negara" dan masa depan revolusi, dengan sambutan ini menjadi sebahagian daripada agenda kerajaan untuk memupuk nilai sosialisme dan patriotisme sejak kecil.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE