fb fb fb fb fb

Korea Utara hantar delegasi wanita lawat Rusia, tujuan lawatan tidak didedahkan

FOTO REUTERS

PYONGYANG, 22 Julai – Delegasi rasmi Korea Utara yang terdiri sepenuhnya daripada pegawai wanita dilaporkan telah berlepas ke Rusia, menurut media rasmi negara itu, KCNA, pada Selasa.

Rakaman yang dikeluarkan agensi berkenaan memaparkan Duta Rusia ke Korea Utara, Alexander Matsegora bersama pegawai Pyongyang menghantar delegasi tersebut yang diketuai Pengarah Jabatan Parti Pekerja Korea, Kim Jong Sun, pada Isnin.

KCNA bagaimanapun tidak memperincikan tujuan atau jadual lawatan yang disifatkan jarang berlaku melibatkan sepenuhnya pegawai wanita itu.

Hubungan antara Korea Utara dan Rusia semakin erat sejak dua tahun lalu susulan perang Ukraine yang bermula pada Februari 2022, di mana Pyongyang dilaporkan menghantar lebih 10,000 anggota tentera dan bekalan senjata bagi menyokong kempen ketenteraan Moscow.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE