fb fb fb fb fb

Panas: Korea Selatan tempah trak air, bas untuk jambori pengakap

SEOUL, 4 Ogos- Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol mengarahkan penghantaran bas berhawa dingin dan trak air ke acara perhimpunan pengakap global yang dianjurkan negara itu, selepas ratusan peserta mengalami masalah kesihatan akibat cuaca panas.

Menurut pegawai bertugas, "sekurang-kurangnya 600 orang di Jambori Pengakap Sedunia, di barat daya Buan telah dirawat kerana penyakit berkaitan haba.

Secara kebetulan acara itu diadakan ketika cuaca panas, tahap tertinggi direkodkan kerajaan dalam tempoh empat tahun. Minggu ini, suhu di beberapa bahagian negara itu direkodkan melebihi 38 darjah Celsius.

Dalam satu kenyataan setiausaha akhbar Kim Eun-hye, "Yoon meminta bekalan bas yang boleh digunakan peserta pengakap bagi tujuan berehat dan menyejukkan badan serta trak untuk membekalkan air."

Lebih 43,000 peserta, kebanyakannya berumur antara 14 dan 18 tahun, menghadiri jambori itu. Ia perhimpunan global pertama pengakap selepas COVID-19 melanda dunia. -REUTERS

(Peserta menyejukkan badan di tapak perkhemahan untuk Jambori Pengakap Dunia ke-25/AFP)

Media Baharu