SEOUL, 8 September - Korea Selatan kini sedang berunding dengan Amerika Syarikat bagi membolehkan ratusan rakyatnya yang ditahan dalam operasi imigresen besar-besaran minggu lalu dibawa pulang, menurut laporan media tempatan.
Operasi itu dilaksanakan di tapak pembinaan sebuah kilang bateri kenderaan elektrik bernilai AS$ 4.3 bilion yang dibangunkan oleh Hyundai Motor dan LG Energy Solution di Georgia.
475 individu telah ditahan, termasuk kira-kira 300 warga Korea Selatan, dalam apa yang dianggap sebagai operasi penguatkuasaan imigresen di satu lokasi terbesar dalam sejarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS.
Susulan itu, rundingan telah dimuktamadkan dan penerbangan khas diatur untuk membawa rakyat Korea Selatan pulang secara sukarela” tanpa dikenakan sebarang denda.
Menteri Luar Korea Selatan, Cho Hyun, menyifatkan penahanan itu sebagai “suatu serius dan akan ke Washington untuk membincangkan insiden tersebut.
Presiden AS, Donald Trump, yang pada awalnya menyifatkan mereka sebagai “pendatang haram, kemudiannya membuat kenyataan terbuka dengan menyatakan AS mengalu-alukan pelaburan asing dan bakat teknikal, asalkan ia mematuhi undang-undang imigresen negara berkenaan.
Sementara itu, kecaman telah disuarakan pelbagai pihak di Seoul, berikutan tayangan rakaman video yang menunjukkan pegawai bersenjata mengiringi rakyat Korea Selatan yang ditahan.
Setakat ini, tiada sebarang pendakwaan dibuat terhadap mereka yang ditahan.
Sebagai tindak balas, Hyundai dan LG menangguhkan beberapa operasi dan perjalanan ke AS serta memanggil balik sebahagian staf mereka.
Insiden berkenaan turut mencetuskan kebimbangan mengenai dasar imigresen AS dan impaknya terhadap pelaburan asing, terutama dalam sektor tenaga boleh diperbaharui dan automotif, menyaksikan Korea Selatan merupakan penyumbang pelaburan terbesar. - REUTERS
.