fb fb fb fb fb

Konflik Syria mula reda, tentera Syria undur dari kawasan pertempuran - White House

Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt bercakap pada sidang media di White House/ Foto REUTERS

WASHINGTON, 18 Julai – Ketegangan konflik di Syria menunjukkan tanda-tanda mulai reda, menurut jurucakap White House, Karoline Leavitt yang memaklumkan kepada media bahawa tentera Syria telah bersetuju untuk mengundurkan pasukan mereka dari kawasan pertempuran.

“Syria telah bersetuju untuk menarik balik tentera mereka dari kawasan yang sedang mengalami pertempuran, dan kami terus memantau situasi ini secara aktif,” katanya pada sidang media di White House, pada Khamis.

Sementara itu, pada hari yang sama, Presiden Syria, Ahmed al-Sharaa menuduh Israel cuba memecah-belahkan Syria dan berikrar untuk melindungi komuniti minoriti Druze, selepas campur tangan Amerika Syarikat (AS) membantu mencapai gencatan senjata sementara antara tentera kerajaan dan pejuang Druze.

Kawasan selatan Syria telah menjadi titik panas dalam beberapa minggu kebelakangan ini susulan pertempuran sengit yang mengorbankan puluhan nyawa.

Komuniti Druze di wilayah tersebut sebelum ini mengadakan tunjuk perasaan serta meminta bantuan antarabangsa untuk menghentikan keganasan.

AS berperanan sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata dan kini memantau perkembangan keamanan secara berterusan, menurut White House. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN