fb fb fb fb fb

Konflik Sudan: Seorang penunjuk perasaan maut

SUDAN, 31 Januari - Seorang penunjuk perasaan terbunuh ketika pasukan keselamatan menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang membantah pemerintahan tentera di Khartoum pada Ahad.

Pegawai Jawatankuasa Pusat Doktor Sudan, CCSD berkata, Mohamed Yousef Ismail, 27, maut selepas dipukul di dada.

Bagaimanapun, tentera Sudan yang cuba mengawal tunjuk perasaan sejak protes besar-besaran tercetus selepas rampasan kuasa 25 Oktober lalu belum membuat sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.

Pasukan keselamatan melepaskan semburan lada dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai yang mengabaikan larangan demonstrasi.

Sabtu lalu, pihak berkuasa Negeri Khartoum mengeluarkan keputusan melarang perarakan dan perhimpunan besar-besaran dan menggesa orang ramai untuk berkumpul di dataran dan kawasan penduduk.

Askar bersenjata dan kenderaan tentera dikerah di seluruh ibu negara buat kali pertama dalam beberapa minggu kebelakangan ini dalam langkah menunjukkan kekuatan.

Menurut CSSD, sekurang-kurangnya 79 orang awam terbunuh dan lebih 2,000 cedera susulan tindakan kekerasan pasukan keselamatan terhadap penunjuk perasaan.

Media Baharu